Latar Belakang Cikgu Rachael

Cikgu Rachael mula memuat naik sesi pengajaran di laman YouTube pada 17 Mei 2020 selepas Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.

Nama Cikgu Rachael di laman sosial YouTube semakin viral kerana menggunakan menggunakan Bahasa Melayu untuk mengajar Bahasa Inggeris.

Cikgu Rachel berasa teruja apabila mendapat maklum balas positif daripada pelajar-pelajarnya, tidak kira umur dan latarbelakang, yang mula menguasai subjek itu.

Cikgu Rachael, seorang guru TESOL (TQUK) yang berpengalaman luas mengajar bahasa Inggeris dan kursus IELTS. Beliau juga memiliki sijil dalam Writing Coaching for Executive Nonnative Speakers of English and Explicit Business Writing (Business Writing Centre, US).

Selain itu, beliau juga telah mempelajari Comprehensive Writing Course (Writers Bureau, UK). Pencapaian ini menekankan dedikasinya kepada pembelajaran berterusan dan penguasaan teknik penulisan komprehensif.

Dengan kelayakan Train The Trainer (TTT) dari HRDF, sekarang Cikgu Rachael mengajar orang dewasa yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis mereka.

"Misi saya cuma mahu lebih ramai rakyat Malaysia dapat mempelajari, memahami serta menguasai Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih mudah"

Kursus Belajar Bahasa Inggeris

Kami memberi tumpuan kepada penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran komunikasi.

Belajar Speaking English

Kelas Online Speaking ini khas untuk Orang Dewasa Bekerja yang ingin ketahui sistem efektif belajar Bahasa Inggeris sendiri selepas menghadiri kelas percubaan dengan Cikgu Rachael. 

  • Kursus Bahasa Inggeris Intensif
  • Latihan Speaking
  • Bina Konfiden Dengan Mudah
  • Kelas Percubaan