Testimoni Pelajar

Apa kata mereka? Ini antara himpunan testimoni-testimoni pelajar yang ditawarkan kepada Cikgu Rachael sebagai kelas terbaik untuk belajar English dalam Bahasa Melayu. Di sini kami kongsikan beberapa yang menarik, anda juga boleh dapati banyak lagi di Youtube.

Saya merupakan salah seorang pelajar Cikgu Rachel. Sebelum ini saya menghadapi kesukaran bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya memahami apa yang diperkatakan tetapi untuk menjawab atau membalas semula agak sukar memandangkan ada banyak ketakutan dalam diri saya. Jawapan dalam Bahasa Inggeris cuma berlegar dalam kepala saya sahaja. Saya jadi tergagap-gagap dan adakalanya berpeluh kerana panik. Akhirnya saya pasti akan menjawab dengan Bahasa Melayu. Tiada keyakinan langsung untuk bertutur. Alhamdulillah... Kini setelah menerima pembelajaran melalui kelas ini, saya berasa sangat yakin. Malah saya boleh bertutur dengan baik. Saya juga belajar memperbaiki ayat saya dalam kelas 'grammar' setiap minggu. Apa yang seronoknya, setiap dari kami diberikan peluang sama rata untuk mencuba menjawab soalan dan juga bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa prejudis. Cikgu akan menegur kesalahan yang dibuat sekiranya ada tanpa merendah-rendahkan kami. Beliau sangat faham keadaan kami yang baru cuba untuk memahami bahasa kedua ini. Setiap hari juga kami diberikan 'Speaking Assignment'. Kami perlu menghantar video kami bertutur mengenai topik yang diberikan di dalam group khas. Apabila dibandingkan video pertama dan video terakhir, saya sedar banyak perubahan yang telah berlaku ke atas saya. Cara saya menyebut perkataan, intonasi semasa bertutur, kelajuan bertutur dan keyakinan dapat dilihat semakin meningkat dan ini membuatkan saya berasa sangat seronok. Kami juga memperbaiki 'grammar' melalui 'Writing Assignment' yang diberikan serta latihan dari buku. Dari latihan ini kami lebih jelas dan faham mengenai penggunaan setiap jenis 'tense'. Apa jua usaha Cikgu Rachel dan juga dirj saya sendiri kini telah menampakkan kejayaan. Walaupun saya telah tamat kelas ini, saya akan terus berusaha supaya Bahasa Inggeris ini bukan lagi bahasa asing bagi saya. Saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Rachel kerana telah berusaha menaikkan keyakinan saya melalui kelas ini.
Aida Ab Jalil
Setelah dua bulan menghadiri kelas cikgu Racheal, saya dapat simpulkan bahawa teknik mengajar cikgu Racheal membuatkan kelas ini sangat berbeza dengan kelas yang saya pernah hadiri sebelum ini.

Secara ringkasnya, kelas ini memfokuskan dua perkara utama, iaitu:
1. Mengajar kaedah pembinaan struktur ayat menggunakan tatabahasa yang betul dan,
2. Membentuk keyakinan pelajar untuk bertutur dengan lancar.

Melalui kelas ini, keyakinan saya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris mula terbina apabila saya mempunyai kefahaman terhadap format pembinaan struktur ayat dengan tatabahasa yang betul. Ini lah kaedah yang sering kali cikgu Racheal tekankan.

Saya bersyukur berjumpa dengan Cikgu Racheal, beliau mempunyai minat mendalam untuk mengajar dan sentiasa sabar membetulkan kesilapan kami.

Oleh yg demikian bagi individu yg masih mencari kelas Bahasa Inggeris, saya sangat menggalakkan anda untuk belajar dengan cikgu Racheal. Panduan-panduan yg cikgu berikan akan saya aplikasikan untuk terus memantapkan penguasaan bahasa Inggeris saya. Terima kasih cikgu Racheal atas ilmu dan dorongan yang diberikan.
Mel
Saya berterima kasih kepada Cikgu Rachael. Menjadi salah seorang pelajar Cikgu Rachael pada mulanya saya rasa ianya seperti kelas-kelas biasa yang pernah saya hadiri. Namun setelah menghadiri sesi pertama kelas Bahasa Inggeris saya akui bahawa persepsi saya salah dan tidak betul sama sekali. Sesi pembelajaran yang santai, kami berkongsi pengalaman masing-masing dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.
Cikgu Rachael mengajar Bahasa Inggeris dalam bentuk mudah. Cikgu Rachael juga sering menekankan penggunaan struktur ayat yang betul. Tugasan yang diberikan juga tidak terlalu berat malah Cikgu Rachael memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk memilih bidang dan interest masing-masing dalam menyelesaikan tugasan. Semasa pembelajaran juga Cikgu Rachael memberi kebebasan kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi. Kelas kami sangat santai. Percakapan dan perbualan dalam bahasa inggeris seharian menjadi topik harian.
Selepas menghadiri kelas lebih kurang 6 sesi kini saya yakin untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Di samping keyakinan saya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan bahasa penguasaan Bahasa Inggeri saya meningkat. Saya berterima kasih kepada Cikgu Rachael kerana bukan hanya menjadi seorang cikgu, tapi Cikgu Rachael juga merupakan seorang motivator dan rakan yang baik sepanjang tempoh saya bergelar seorang pelajar.

Thanks teacher. You are awesome!!!
Family Abahmama
Sebelum mengambil keputusan untuk mengikuti sesi pembelajaran ini, saya merupakan seorang yang sangat tidak yakin dengan diri saya apabila cuba untuk bertutur dalam English. Sebelum ini saya sentiasa akan mengelak dari orang- orang yang cuba berkomunikasi dengan saya dan seandainya perlu bertutur, saya sentiasa akan menjawab dengan singkat dan akan mengelak dari komunikasi kami berterusan. Namun, pada tahun ini saya memegang hasrat yang sangat tinggi bahawa saya harus melawan ketakutan dan kelemahan diri saya ini! Tanpa berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk join kelas Cikgu Rachel ini. Sepanjang proses pembelajaran ini, saya perasan tentang setiap perubahan yang saya alami. Antaranya, saya mampu untuk berkomunikasi secara spontan dengan nada yang natural dan tidak tergesa-gesa. Walaupun sesi pembelajaran kami dalam masa yang pendek saja namun iyanya sangat berbaloi dan usaha kita membuahkan hasil. Saya tidak akan berhenti belajar English dan akan sentiasa follow up video-video terbaru Cikgu Rachel. Sejujurnya, ini kali pertama saya senang faham untuk belajar grammar dan penjelasan yang diberikan juga sangat senang difahami. Terima Kasih Cikgu.
Imelda
Pada permulaan kelas, setiap pelajar diberi tugasan untuk membuat video untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya amat gentar dan tidak yakin langsung kerana bimbang grammar salah. Saya selalu mengelak untuk berbahasa Inggeris kerana tidak yakin dan takut grammar salah. Tetapi sejak saya mengikuti kelas cikgu, saya lebih faham langkah-langkah yang betul kerana dalam kelas ini, cikgu selalu beri latihan kepada pelajar dan perbaikinya serta merta dan beliau juga selalu beri sokongan dan dorongan supaya pelajar beliau faham apa yang dipelajari. Saya rasa amat bertuah sebab saya telah mengikuti kelas yang betul dan tepat untuk saya pelajari percakapan dan penulisan dalam bahasa Inggeris dengan Cikgu Racheal. Dan sekarang saya rasa amat gembira dengan perubahan diri saya kerana saya telah mendapat keyakinan diri untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dengan sususan ayat dan grammar yang betul. Terima kasih Cikgu Racheal atas bimbingan cikgu. Saya sangat mengesyorkan kepada pelajar yang masih mencari kelas bahasa Inggeris belajarlah dengan Cikgu Racheal sebab pembelajarannya sangat mudah difahami oleh setiap pelajar.
Rosni binti Suib
Saya ikuti kelas ni bermula daripada bulan Oktober 2022 sehingga sekarang. Pada mulanya saya memang gugup atau tersekat-sekat bila berbahasa inggeris. Tapi selepas sertai kelas ni, ada peningkatan bila bertutur bahasa Inggeris. Sejujurnya saya mula dari kosong dan saya memang bukan dalam persekitaran orang orang yang berbahasa inggeris.
Saya ambil peluang untuk menambah baik penggunaan saya kerana ia sangat berguna dalam kehidupan seharian terutamanya kerja. Jangan takut jika tidak pandai pada awalnya. Teacher sangat membantu Dan sentiasa bagi semangat untuk saya beranikan diri bercakap. Terima kasih teacher kerana cakna pada setiap pelajar.

-Sy juga dapat teknik yg sangat berguna utk memperbaiki bahasa Inggeris.
-Teacher fasih dlm bahasa Dan memberi penerangan yg jelas.
-Sy harap dpt join lg kelas ini utk sesi akan datang

Terima Kasih Teacher Rachel
Mohd Naqib
Sebelum mengikuti kelas bersama cikgu, saya sangat bergantung pada Google Translate untuk membuat ayat dalam Bahasa Inggeris. Dan saya dapati struktur ayat saya sangat kelam kabut.. Selepas beberapa jam pembelajaran, saya mula sedar kesalahan 'grammar' dan struktur ayat yang tidak betul. Dan saya membaiki struktur ayat saya sedikit demi sedikit dengan tatabahasa yg betul.. Saya sangat suka kelas bersama Cikgu Rachael kerana di sini menyediakan platform untuk saya speaking in English. Kami diberi cabaran untuk speaking dalam masa yang ditetapkan. Setiap minggu masa untuk speaking akan bertambah.. Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu saya berfikir, dan bercakap dalam English secara spontan. Kadang kita merungut sebab tidak ada persekitaran yg menyokong untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dalam kelas ini semua peserta mengambil bahagian untuk bercakap dlm Bahasa Inggeris tanpa prejudis dan dipandang serong. Latihan speaking ini melatih diri saya untuk membiasakan diri dan fasih dengan 'pronunciation' perkataan in English. Saya sangat menggalakkan kawan² untuk sertai kelas Cikgu Rachael
Rabiyatul Adawiyah
Saya adalah salah satu pelajar kelas cikgu Rachel. Kaedah pembelajaran adalah sangat efektik (bercakap, menulis, membaca). Tetapi ia juga memerlukan usaha daripada diri sendiri. Jika anda betul-betul mengikuti nasihat dari cikgu Rachel, saya boleh jamin akan ada perubahan yang sangat ketara dalam bahasa inggeris anda.
Sebelum ini , saya hanya membaca ayat inggeris tanpa memahami apa-apa tatabahasa yang digunakan. Saya cuma faham apa yang telah disampaikan.
Tetapi setelah menyertai kelas cikgu Rachel ini, kebanyakkan tatabahasa dalam bahasa inggeris ianya semakin jelas. Sekarang semua yang perlu adalah usaha daripada saya untuk mempertingkatkan bahasa inggeris saya.
Selain itu, saya juga semakin yakin ketika bercakap bahasa inggeris di tempat kerja saya. Walaupun, penggunaan tatabahasa masih belum padat tetapi process yang sedikit akan memberi impak yang besar satu hari nanti.
Nasihat saya, jangan lihat pada keputusan, lihat pada proses yang anda bina.
ConZ
Kelas cikgu Rachel banyak membantu saya untuk bercakap dengan lebih yakin di tempat kerja yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantara. Pada permulaan kelas, saya tidak lancar bercakap dan perlu berfikir sekejap untuk membina ayat. Melalui latihan yang diberikan dan penerangan kembali bentuk-bentuk ayat yang terdapat dalam bahasa Inggeris, saya lebih lancar bercakap dan lebih peka terhadap penggunaan tatabahasa yang tepat serta pelbagai bentuk ayat yang boleh kita bina. Tetapi anda harus faham kelas ini bukanlah jalan pintas untuk menguasai bahasa Inggeris, anda tidak boleh menganggap anda akan terus mahir setelah kelas habis. Kita perlu melabur banyak masa dan terus berusaha setiap hari melakukan latihan. Saya yakin pasti ada perubahan dan peningkatan dari hari ke hari.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua mempelajari bahasa ini. Terima kasih cikgu Rachel atas semua tunjuk ajar yang diberikan.
Fzn
Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang menjadi salah seorang pelajar cikgu Rachel. Sebelum saya mengikuti kelas cikgu Rachel saya sangat tidak konfiden untuk bercakap dalam Bahasa inggeris dengan orang di sekeliling saya. Malah, penulisan saya dalam Bahasa inggeris juga sangat teruk. Saya telah mengambil keputusan Yang tepat dengan mengikuti kelas cikgu Rachel kerana bimbingan cikgu Rachel sangat membantu saya untuk lebih yakin bercakap dalam Bahasa inggeris dan penulisan saya juga semakin baik serta saya lebih termotivasi untuk tidak berputus asa belajar Bahasa inggeris kerana cikgu Rachel sentiasa memberi semangat kepada saya Dan rakan-rakan semasa Di dalam kelas. Saya sangat gembira kerana saya mampu untuk bercakap dalam Bahasa inggeris dengan lebih lancar hasil dari bimbingan cikgu Rachel.
Fatin
Saya merupakan salah seorang pelajar Cikgu Racheal. Sebelum saya mengikuti kelas bersama Cikgu Racheal, saya sangat gagap ketika bercakap dalam bahaga inggeris. Saya juga kurang keyakinan apabila bercakap dalam bahasa inggeris. Tetapi setelah saya mengikuti kelas bersama Cikgu Racheal, saya dapat membina keyakinan apabila bercakap dalam bahasa inggeris. Semua kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu sangat2 membantu saya dalam memperbaiki kelemahan saya ketika bercakap dalam bahasa inggeris. Cikgu Racheal juga banyak membantu sepanjang saya mengikuti kelas beliau. Saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada Cikgu Racheal yang tidak pernah putus asa untuk memperbaiki english saya.
Amran Hazeemamran
Hai, saya merupakan murid Cikgu Racheal untuk bulan Oktober - November. Cikgu banyak memberi penerangan dalam BM jadi kita lebih cepat faham apa yg diajar.

Sebelum masuk kelas ini, English saya berterabur tetapi setelah saya belajar mengenai teknik , tenses serta grammar dgn cikgu, English saya bertambah baik dan saya lebih yakin untuk bercakap serta membuat penulisan dalam English.

Dlm kelas Cikgu Racheal kami diberi cabaran untuk speaking dalam masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung , aktiviti ini membantu saya berfikir, dan bercakap dalam English secara spontan. Walaupun rasa tertekan pada awalnya tapi kemanisan diakhirnya.
Puziah Indut
Setelah menonton video pertama Cikgu bertajuk Cara Belajar Basic Speaking, saya terus menghubungi nombor tertera untuk mengikuti kelas beliau secara online.
Dengan kefasihan berbahasa Melayu yang hebat, saya mudah memahami penerangan yang diberikan. Banyak formula cara memahami grammar dikongsi oleh beliau, yang membantu saya membuat ayat dan bercakap dengan betul.
Beliau seorang motivator yang hebat, mesra dan funny, menjadikan saya selaku berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan. Jika sebelum ini, saya kurang yakin bercakap dihadapan orang ramai, kini saya semakin confident. Terima kasih Cikgu Rachel. Amat bersyukur kerana menjadi salah seorang muridnya. Tqvmuch Cikgu.
Saripah
Fantastic!!! Satu kesimpulan yang menggambarkan betapa hebatnya kelas English ni! Dari seorang yg pemalu, penakut dan kurang keyakinan diri, sekarang saya menjadi diri yang baru setelah join kelas ni! Segala bimbingan dan latihan yg diberi, saya lakukan dgn bersungguh2, akhirnya membuahkan hasil yg tidak dijangka! Tugasan yg diberikan dan dibuat setiap hari sgt2 membantu kejayaan saya!

Wow! Sekarang saya sangat gembira dgn perubahan pd diri saya terutama keyakinan dan keberanian saya utk bertutur Bahasa Inggeris dikhalayak ramai. TIADA KETAKUTAN MELANDA DIRI SAYA LAGI!!!!

Amazing!! Terima kasih Cikgu Rachael!
Azlina Marzuki
Sukacita ingin saya katakan saya seronok berada dalam kelas cikgu rachael. Jika sebelum ini keyakinan diri saya untuk bertutur adalah 30%, tapi selepas saya hadiri kelas cikgu.. keyakinan diri dan untuk bertutur dengan rakan sekerja saya yang berbangsa asing dengan 100%.. apabila Masuk dunia kelas cikgu rachael kita akan dapat melihat bertapa mudahkanya konsep dan skill yg diajar oleh cikgu rachael..terima kasih cikgu, tanpa anda saya tidak akan dapat bertutur dengan baik
Rollzizwan
Terbaik. Cara pembelajaran yang dibawakan oleh Cikgu mudah untuk difahami. Grammar diajar dengan jelas beserta contoh bagi mudah untuk difahami. Pelbagai latihan speaking diberikan bagi membina keyakinan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Tips juga diberikan agar pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan mudah..selepas tamat tempoh pembelajaran, bahasa Inggeris saya semakin baik dari segi grammar dan juga keyakinan untuk speaking lebih tinggi. Terima kasih Cikgu Rachael
Carmainan
Setelah mengikuti kelas Cikgu Racheal selama 2 bulan, saya yakin dengan kaedah yg digunakan cukup berkesan untuk memberi pemahaman dan kemampuan untuk "pelajar dewasa" menguasai bahasa Inggeris. Lagi cepat kita mempercayai kaedah ini boleh membantu pembelajaran bahasa Inggeris, lebih mudahlah pembelajaran dengan Cikgu Racheal. Terima kasih tak terhingga di atas pemahaman dan keupayaan berbahasa Inggeris yang telah Cikgu berikan.
Khafid
Awak ada rasa kurang yakin atau takut untuk bertutur dalam bahasa inggeris? Ini juga merupakan masalah saya sebelum ini. Saya mencari bagaimana untuk memperbaiki bahasa inggeris saya dan akhirnya saya bertemu dengan channel Cikgu Rachael. Cikgu Rachael banyak mengajar saya cara bertutur dengan betul dan memperbetulkan tatabahasa saya. Cikgu juga seorang yang mudah untuk saya bertanya apa saja. Dengan karakter beliau seperti emak-emak kita, saya selesa belajar dengan beliau. Nasihat beliau akan saya simpan saya sampai bila-bila. Terima kasih cikgu atas ilmu.
Fadz Mohd
Terima Kasih Cikgu Rachel! Banyak panduan2 dan ilmu yang cikgu ajar dalam kelas sangat mudah difahami dan senang utk dipraktis. Sebagai pelajar, penggunaan tatabahasa dalam bahasa Inggeris saya bertambah baik & tahap keyakinan untuk bercakap semakin meningkat drpd hari ke hari berbanding sebelum ini. Daripada kelas online, tugasan2 yg Cikgu bagi & video2 drpd channel youtube Cikgu Rachel juga sangat2 membantu. Semoga semuanya terus berjaya & terima kasih sekali lagi Cikgu
Ruby
Sebelum join kelas Cikgu Rachel, saya pemalu untuk speaking .Sejak sertai kelas ni, saya dapat memahami dengan lebih jelas grammar kerana disampaikan oleh teacher dalam bahasa melayu yang mudah..Mudah difahami.Juga speaking, writing dan motivational advice.....

Guess what?
saya semakin yakin, tidak takut untuk speaking dan berani untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Saya recommend kawan-kawan untuk join kelas Cikgu Rachel , guru yang berpengalaman luas
Noraini Othman
After enrolling in Cikgu Rachel class, I have become more confident with my English and there are a lot of things I learned throughout the two-hour sessions every Friday. I always follow her advice to just speak the language without feeling small in front of others who probably speak better. She truly cares about her students and want us to make some improvement albeit a small one, slowly but surely! Thank you teacher for your efforts!
Nasuha
Sebelum saya belajar dengan cikgu Rachael, saya susah sangat nak cakap English sebab tiada keyakinan diri, malu, lepastu lidah ni terasa berbelit belit tapi sejak saya masuk kelas cikgu.. alhamdulillah saya dah dapat meningkatkan cara bercakap dalam English..saya dapat pengetahuan cara2 untuk meningkatkan english saya. Saya juga sudah ada keyakinan diri untuk cakap English dan lidah ni pon dah tak berbelit lagi.
Siti
Saya ingat lagi, beberapa bulan lepas, saya terjumpa video Cikgu Rachel dekat Tik Tok… dan saya merasakan cara cikgu Rachel mengajar Bahasa English sangat menarik! Tanpa membuang masa, saya terus memohon untuk mengikuti kelas beliau. Selama dua bulan, saya belajar banyak daripada beliau. Dari situ saya nampak peningkatan daripada diri saya sendiri… saya berasa lebih yakin untuk bercakap dalam Bahasa English!! Terima Kasih Cikgu!!!
Mr. Khai
Saya Zurina dari Johor seorang pelajar cikgu Rachael. Honestly saya nak bagi tahu ..I have joined many classes but this is the best class. Cara pembelajaranya agak lain dan memang mudah untuk di ikuti. Daripada tidak pandai bercakap english now lebih confident. Dulu nak bercakap depan cermin pun malu. Sekarang tidak lagi. Malah saya akan speaking dengan anak2 dan suami. Thank you teacher Racheal for your lesson.
Zurina
Secara jujur komen saya untuk Cikgu adalah ‘you are the best and a wonderful teacher’…saya tak pernah terfikir akan menjadi anak murid Cikgu sehinggalah saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri dengan kelas Cikgu. Sepanjang saya belajar dengan Cikgu, saya mendapati Cikgu mengajar secara jujur dan ikhlas. Cara pengajaran Cikgu Rachel juga sangat mudah difahami. You did an excellent job Cikgu!!!
Rafida Ahmad
Terima kasih Cikgu Rachel. Cara pengajaran Cikgu Rachel yang menarik, jelas dan ceria sentiasa membuatkan semua pelajar seronok untuk menghadiri kelas setiap minggu. Latihan harian dan mingguan yang diberikan juga sangat membantu kami dalam komunikasi harian dengan penggunaan tatabahasa yang betul dan lebih yakin dalam pertuturan. Terima kasih Cikgu Rachel di atas segala tunjuk ajar.
Gia
Teknik Cikgu Rachel mengajar mmg berkesan dan praktikal, kita disuruh jangan malu cakap dlm inggeris. Mula2 memang gagap dengan tak tahu mcm mana nak susun ayat, nak guna grammar yang betul, lama2 cara kita cakap akan jadi okay dengan sendiri tanpa kita sedar.

If you are looking to enhance your english skills, I highly recommended enrolling in her class.
Ryzale
This course has greatly improved my speaking and writing skills. Before I started the course, I used to hesitate incessantly and lack of ideas when it came to speaking, but I can see a difference in the way I speak now. In the aspect of writing, I made a lot of mistakes, but now I understand more about writing and try to minimise my mistakes. I'm so glad we met! Thank you, Cikgu Racheal!
Shaqx
Saya merupakan pelajar cikgu untuk pengambilan oktober dan november ia merupakan kelas yang amat baik dimana cikgu telah mengajar dan memberi garis panduan yang begitu jelas dalam menguasai bahasa english untuk bertutur dan menulis yg saya menjadi kebimbangan pada saya sebelum ini.
Hambali Ahmad
Glad that I found Ms Rachel's videos and later decided to be in her class. Ms Rachel is gifted to teach the language and make it easy for anyone to comprehend and understand. She shares her tips on how to master the language, that really helps me a lot. Keep it up! Cant wait to watch you next video.
Farhana Hamid
Sebelum ni saya takde keyakinan nak berkomunikasi dalam English. Bila saya dapat customer yang communicate dalam bahasa English.. Saya akan minta orang lain yang uruskan customer. Tapi bila join kelas ni dan cuba untuk komunikasi dalam English.. Baru saya ada keyakinan dan boleh communicate dengan customer.
Nurin Aida
Aku dah mula minat teacher ni mengajar. Senang faham dan jelas. Dulu time sekolah taknak belajar betol2 , selalu ponteng ha skrg baru nak kejar2 nak belajar speaking . Bab speaking dan nak belajar bahasa inggeris memang sukar dan saya terlalu lemah . Hope teacher tidak muak mengajar kami .
Mohd Zakuan
Penyertaan diri di dalam kelas cikgu banyak memberi impak positif kepada saya untuk terus berusaha membaiki penguasaan bahasa Inggeris. Penjelasan cikgu amat jelas and mudah difahami. Berterima kasih kepada cikgu atas dedikasi dan panduan diberikan oleh beliau
Ong Soong Wen
Kurang dari satu minit saya lihat cara cikgu Rachael mengajar basic speaking, saya terus text dan call untuk tanya mengenai course dan ingin memperbaiki terutamanya Dalam tatabahasa. Tidak ada perkara yg mustahil jd belajarlah untuk mendapat hasil yg luarbiasa. Terima kasih cikgu Rachael.
Ashraf
Thank you teacher Rachael.. I'm appreciate of you. I live the way you teach, easy to understand. I'm more confident to speak with people. Grammar is really important in English to make people understand what we want to say. Thank you very much my lovely teacher.. May God bless you.
Aishah Ahmad
Mudah difahami. Saya suka cara cikgu ajar. Bila bersertakan contoh lebih nampak. Dan biasanya dalam pertuturan kita guna perkataan yang sama Berulang. Lebih kita lihat video cikgu mengajar lebih kita faham. Sekurang-kurangnya Secara basic. Step by step.
Wans Safwan
Saya suka Cikgu Rachel mengajar ...saya pun sebenarnya tak pandai nak bercakap dalam Bahasa inggeris.

Thank you teacher for teach us how to get a correct grammar.
Faefazz
Betul cakap Kita belajar bertutur didalam bahasa inggeris perlu belajar grammar. Tapi Cikgu Rachael Bahasa Malaysia dia juga sangat bagus. Itu sebab saya tabik spring dengan Cikgu Rachael
Firdaus Sulaiman
Terima kasih cikgu.. saya bangga dengan cikgu.. fasih bahasa malaysia..mudah nak faham.. semoga cikgu mendapat kebaikan dalam setiap apa jua yang cikgu lakukan..demi mendidik anak bangsa Malaysia.
Mohamad Syahmi
The video helps me a lot in understanding how the sentences are being used correctly. Besides that, it can improve my writing skills and recognise the differences in the structures.
Chris Tan
Tenaga pengajar yg ramai belum tentu menjamin pelajar yg pandai tetapi tenaga pengajar yg BERKUALITI dapat membentuk pelajar yg benar2 memahami subjek yg diajar
Yusoff Kassim
Sy rose student cikgu Rachel.. Sy lebih confident speaking sekarang ni in English.. Dan writing lebih tersusun dgn grammar yg betul.. Terima kasih cikgu Rachel..
Rose
Hai sy seorng pelajar cikgu Racheal....belajar dgn cikgu mmg best tk boring cepat faham ...dulu tkt2 nk becakap skrn dh berani ...apapun tq cikgu tq
Cik Koyan
Selepas mengikuti kelas cikgu Rachel, saya lebih selesa dan yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris
Jester